Sunday, November 23, 2008

INFORMASI

Industri ternakan ayam piru secara komersil di Malaysia bermula semenjak disember 1988. Pada tahun pertama perternakan ayam piru Pusat Penternakan Unggas,telah membeli 390 biji telur ayam piru.Sebanyak 320 ekor anak ayam piru telah ditetaskan.Pada bulan november 1989 ,pusat ini telah mengimport baka ayam piru(British United Turkey) dari England dan mulai bertelur pada julai 1990.

Ayam piru tempatan (Local Bronze)adalah baka yang paling dikenali dan banyak terdapat di Malaysia.Baka import seperti British United Turkey dari England,Betiboul dan Betina di import dari France adalah di antara baka baru yang telah di import oleh pihak MARDI dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tujuan penyelidikkan , pembangunan dan promosi.

Ayam piru komersial telah menunjukkan performa yang baik malahan dapat menambat citarasa pelbagai kaum di Malaysia.Teknologi pemeliharaan dan pengurusan ayam piru komersial dari jenis baka Betiboul dan British United Turkey.

Ayam piru juga berpontensi di ternak untuk di eksport ke Singapura dan Negara Timur Tengah.Permintaan yang tinggi terhadap ayam piru di Pulau Pinang semakin meningkat seperti di pasaraya besar,di restoran-restioran nasi kandar dan di musim perayaan.

Sumber: JPVPP